-->

Tuesday, May 29, 2012

Review : Kencing Tikus

Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.

Hye kengkawan yang disanjungi. Ape khabar kah anda?

Lama betul aku tak membebel bagai dalam entry kan? Hem. Anda perasan tak? ker aku jer yang syok sendiri. Hehehehe. Ok lah. Kali ni aku nak share review tentang kesihatan. Mengenai kencing tikus. Semua mesti dah tahu. Popular penyakit ni.

tikus oh tikus
So, dengan ini aku istiharkan. Eh. bukan. dengan ni aku nak share dengan korang info-info nya. Jom baca!

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

1. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

2. Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

3.  Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

4.  Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

saya tak bersalah. oh tidak.
Gejala


1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Rawatan 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Credit to : My-Sensasi

p/s : risau sangat. moga kita semua dilindungi & dijauhkan dari segala penyakit-penyakit berbahaya sebegini. Amin2 ya rabbalamin :)





Thanks sebab baca entry Dak Fisha. Jom lah like and komen pulak

17 comments:

Chic Na said... Reply

bahaya kan air kencing tikus ni. kdg2 kita bkn tau kat satu2 tmpt tu ada air kencing tikus ke tak kan. Amin.. moga semuanya dilindungi. :)

Yana Libra said... Reply

senang rupanya nak terkena ni..

mintak dijauhkanlah~

Puteri Diyana said... Reply

bhayanyeee kalo kene kencg tikus nie..risau pulak..huhu.. btw nice sharing sis~

AmyZana said... Reply

I hate you tikus *-*

Cik Kay Jue said... Reply

mudah-mudahan di jauhkan daripada penyakit..

hati-hati juga makan kat kedai pun.. pernah ada kes yang pinggan yang ada kt kedai tu terkena kencing tikus pas tu wat hidang makan.. lepas tu pelanggan tu dapat sakit..

Hanamiko Sakura said... Reply

semoga dijauhkan.. amin~

O CIKTEDDY said... Reply

kan.bahaye ni..seram jek dgr.

dyabunga said... Reply

lepas ni kena lebih berhati2..bahaya tu

sis92 said... Reply

i really2 hate u cik ti >.<

Nyue said... Reply

senang nk terkena..susah nk ubatinya...better hati2 la

♥ sitifarhana ♥ said... Reply

ishh..menakutkan..smoga kita dijauhkan la dr sebarang penyakit..aminnn

~~oOpEt~~ said... Reply

sgat2 bahaya penyakit nh.. hrp2 kita semua dijauhkan drp penyakit ini :) insyAllah

Mr. Doctor said... Reply

Alolo.. Lain kali letak gambo tikus ganas sikit.. Yang ni comel sangat.. Tak sanggup nak salahkan tikus tu sebab sebarkan penyakit.. haha

armouris said... Reply

terjumpa info ni, juga pasal kencing tikus… sharing is caring :) - Kencing Tikus (Leptospirosis)

LaLa mhdnor said... Reply

bahaya kencing tikus ni, haisshhh takut terkena je sebab ada dah sorang student kena kat kolej tu =.=

Myra Azraff said... Reply

Baca gejala je pun dah menakutkan --'
Ni pun saya baru tau pasal gejala ni lepas baca blog akak..wahaha xDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserved by Fisha Adura.