-->

Saturday, March 10, 2012

Ribut Solar / Solar Flare

Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.

Hello readers ku yang bertauliah sekalian.

gambar yang dirakam dari angkasa lepas
Tetiba aku ade mood nak update pulak hari ni. Hehe. Semua ni start dari Nur Arif. Tengah syok skype petang tadi, alih-alih terputus skype pulak. Then, dia text aku "sorry, tak leh nak connect lah wifi, satu rumah tak boleh. Maybe sebab 'Ribut Solar' kot."

Strait aku blurr kejap. Ape tuh Ribut Solar? Yela. dia cakap dia tahu pon dari berita. Aku ni mana nak tengok berita. Dok mengadap lappy jer. Hehehe. So, aku pergi lah search kat google. Then baru lah aku paham ape tuh ribut solar.

Nak tahu ??


Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan gangguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME)

Ribut solar terbesar dalam tempoh 6 tahun telah berlaku pada hari Selasa, 24 Januari 2012. Tapi kan disebalik fenomena ribut solar ni, ia meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang, iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar. Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.

Memang cantik sangat-sangat. Aku letakkan gambar sekali yer.

Subhana-Allah

cantik kan??

Kesan pulak ??

  • radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
  • menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
  • menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. 
Tapi kan ni semua mungkin satu peringatan dari Allah buat kita hamba yang alpa. Lagipun kita semua ni umat di penghujung zaman. So, conclusion nya same-same lah kita bertaubat kepada-Nya. 

Sekian Terima Kasih. Sumber. Sumber2.

p/s : Allah SWT maha berkuasa dan pencipta untuk segala-galanya.

Thanks sebab baca entry Dak Fisha. Jom lah like and komen pulak

4 comments:

^_^ Zaza Nur Iman said... Reply

ada juga bc sikit2 berita ni..cantik sungguh gambar2 tu..

dyabunga said... Reply

owh..baru dya tahu..thanks sudi berkongsi..:D

Cik FaRiZaM said... Reply

subhanallah.singgah n follow ..tq singgah blog fasz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserved by Fisha Adura.