-->

Friday, March 2, 2012

Pokok Semalu & Wanita

Assalammualaiku. Salam 1 Malaysia.

Hye kawan-kawan ku tersayang sekalian.

Di hari jumaat yang mulia ni. Aku nak share cerita/tazkirah yang baru aku baca tadi. Jom baca.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Pokok Semalu
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


mata dia edit pakai photoshop ni. hehe
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

sentiasa dekatkan diri kepada Allah SWT
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambil lah pengajaran dari pokok semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sekian Terima Kasih. Sumber.

p/s : semoga kita menjadi cerita ni sebagai panduan hidup. peace.

Thanks sebab baca entry Dak Fisha. Jom lah like and komen pulak

16 comments:

wanabee said... Reply

good sharing ! i'm really inspired lah . walaupun kecil dan berada di tanah ...banyak juga pengajaran dan hikmah .

AiSyA LiEzA said... Reply

betul tu.. malu biarlah bertempat.. ^^ jgn la over sgt.. ^^

Dak Fisha said... Reply

@AiSyA LiEzA: haha. betul2. tq sudi komen di sini :)

M@W@R Q@SeH said... Reply

betul jugak tu kan...tq share info ni...

Cik Nur said... Reply

betul tu.. :)

terima kaseh atas pkongsian.. :)

Diyana Norman said... Reply

nice sharing wak..betol... pmpuan kena malu..

NahriNet said... Reply

salam..
berminat utk beli domain utk blog ni tak?

cth

www.nama domain yg dipilih.com


if berminat blh email ,sms or call saya ye

email : sales@nahrinet.com

hp : 019 979 7070

thanks

Dak Fisha said... Reply

@Cik Nur: hehe same-same awk. jemput lah singgah sini selalu.

Dak Fisha said... Reply

@Diyana Norman:ehehe. ok awk. so, kita kene jadikan cerita ni sebgi panduan.peace.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserved by Fisha Adura.