-->

Saturday, February 25, 2012

Waktu-Waktu Yang Diharamkan Solat

Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.

Hello readersku yang bertauliah sekalian.

Makin hari makin rajin aku nak share dengan korang ape yang aku dapat and tahu. So, korang jangan pelik dengan blog aku ae. Bukan ape. Aku excited sangat nak cerita or sebarkan perkara baik. Right? Tak dosa pon kan? Dari aku dok mencerita tentang yang bukan-bukan. So, seelok-eloknya lebih baik aku bagi info yang boleh input kat dalam otak korang tuh. Hehe.

Anugerah Allah swt
Terima kasih jugak kepada readers yang rajin mengomen tuh. Aku appreciate sangat-sangat. Sayang korang tau. Ok. Entry kali ni aku nak share kan dengan korang mengenai waktu-waktu yang diharamkan solat. Terdapat masa-masa tertentu yang dilarang kita mengerjakan ibadat solat melainkan kalau kita ade sebab.

Waktu-waktunya :

1) Waktu terbit matahari sebelah pagi sehingga ia naik kadar sepenggalah.

Contoh situasi :
Sembahyang masa langit dah kelihatan cerah iaitu dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit.

2) Waktu istiwa matahari sehingga zawal(terbenam) di sebelah barat. Waktu ni sangat singkat. Tetapi sekiranya seseorang tuh tak sempat Takbiratul Ihram dalam waktu ni, maka tak sah lah sembahyangnya.

Istiwa : matahari berada di tengah-tengah langit.

Zawal : Condongan matahari di tengah-tengah langit.

3) Waktu matahari kelihatan kekuningan waktu petang hingga terbenam matahari. Pada ketika ni sama ade telah solat Asar atau belum, solat korang tetap tak sah kalau korang kerjakan.

4) Sesudah menunaikan solat fardu Subuh hingga terbit matahari. Tak sah mana-mana solat yang dikerjakan bagi mereka yang sudah solat Subuh.

5) Sesudah menunaikan solat fardu Asar hingga kuning matahari.

solat itu menenangkan
Ade tambahan lagi. Yang ni berkenaan dengan perbuatan pulak.


1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Solat itu tiang agama 

Waktu-waktu terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berkenaan dengan tempat dan waktu.


1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Itu aje lah ilmu yang ingin di share kan kat korang. Sekian Terima Kasih.


Sumber dari buku Panduan Solat-Solat Sunat & Doa Pilihan. Blog Scene-R.

p/s : perlu amek perhatian yer. :)
Thanks sebab baca entry Dak Fisha. Jom lah like and komen pulak

4 comments:

sherotpetot said... Reply

ohh ada gak yang baru tau.. thanks for sharing... folo u ^^

Dak Fisha said... Reply

@Iffika | Ruslan: solat sunat dhuha boleh. kan xde lam senarai di ats. senarai di ats yg diharamkan ajer. paham x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserved by Fisha Adura.